Sila Login atau daftar jika anda adalah ahli baru
e-Classified |
|
Modules |
|
Login |
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
Meja Online |
|
Kotak Jerit |
|
Ahli Aktif UO |
|
Kumpulan Pengurusan |
Webmaster Mujahid
Pem Webmaster & Grafik Boloq boloq@utaraonline.net
Bendahari UO Afero79 afero79@utaraonline.net
Editorial UO Arzaman Sulaiman MassuryaSyah DRS Harun Jaafar berita@utaraonline.net
Editorial Jemputan KedahLanie kedahlanie@ gmail.com IrSams
Wartawan UO Panzer
Moderator Ketua IbnuHusin Timbalan Zaminc
Krew Moderator Asri67, Seliji, Amiaq, Toppek, Be_end, Us_Ghoni, Cahayaku, Scinomore, Speedganu, Mamatkepok, AsakuraKeita, Windofchange, AyamDenLapeh,
Bekas Webmaster UO Munir
* Sesiapa yang berminat sila PM kepada Admin UO
|
|
Hits Muka Depan |
We received 23234899 page views since 18 Mac 2008 |
|
|
Kisah Kuda
Posted on Thursday, January 07 @ 20:00:00 MYT by afero79 |
Oleh ijoks2009
"Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata,tiada kaitan dengan mana-mana manusia kat muka bumi ini.  Ini adalah kisah sekumpulam kuda yang menetap disebuah negeri bernama Negeri Atas Angin. Mengikut cerita orang dulukala,semua binatang zaman dahulu boleh bercakap termasuklah kuda di negeri ini.
Adapun sekumpulan kuda yang menetap di negeri Atas Angin ini diketuai oleh seekor kuda yang di gelar PM. PM ini ada mempunyai seekor kuda betina dari spesis kuda serama yang dijadikan bini.Kuda itu bernama RM.
Disamping itu, PM juga mempunyai beberapa ekor juak-juak dan pembodek yang akan membantu nya dalam kerja kerja nya.Sebut saja apa kerjanya pasti akan di laksanakan dengan patuh.Sebagai balasan dari kesetiaan pembantu-pembantunya itu PM telah memberikan beberapa hektar ladang ragut untuk kuda-kuda tersebut meragut rumput tanpa boleh di kongsi oleh kuda-kuda lain.
ketua kuda tadi yang di gelar PM juga mempunyai pengawal keselamatannya yang terdiri daripada beratus-ratus ekor anjing serigala. Apabila ada ancaman dari pihak musuhnya maka anjing-anjing ini akan di lepaskan untuk menggigit kuda-kuda yang dehaka kepada perintahnya.
Sepatutnya tugas anjing-anjing ini hanyalah untuk mengawal padang ragut negara atas angin daripada di cerobohi oleh kuda-kuda lain.Adapun anjing serigala ini hobinya suka makan bangkai,walaupun sudah ada daging panggang yang di sediakan tapi anjing-anjing ini masih lagi suka mencari bangkai untuk dijadikan santapan tambahan ketika bertugas.
Tetapi PM telah mempergunakan anjing-anjing pengawal ini untuk kepentingan sendiri dan kroni-kroni nya.Bahkan segala pembahagian padang ragut pun telah di selewengkan oleh PM dengan membahagi bahagikan kepada keluarga dan kroni-kroni nya sahaja.Adapun kuda-kuda yang tidak sependapat dengannya hanya di berikan padang ragut yang kecik yang hanya ada dua tiga helai rumput sahaja.Sedangkan kepada kroni-kroninya PM telah memberikan padang ragut yang subur dan luas.
Inilah yang membuatkan kuda-kuda lain yang tidak sependapat dengannya merasa terkilan dan sakit hati.Lagipun cara pemerintahan PM adalah seperti diktator dengan tidak boleh ada sebarang bantahan dari kuda-kuda bawahan.
Sedangkan Tuan punya kuda telah memerintahkan supaya sesiapa saja yang menjadi ketua mestilah memimpin kuda-kuda dengan adil dan saksama mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkannya. Namun sejak memegang jawatan sebagai ketua PM tidak pernah melaksanakan segala peraturan dan undang-undang yang telah di amanahkan oleh Tuannya.Kalau adapun hanya sedikit sahaja yang di amalkannya ,yang selebihnya PM hanya memerintah kuda-kuda lain mengikut suka dia sahaja.
Pelbagai peraturan yang zalim telah diadakan oleh PM sejak menjadi ketua kuda-kuda.Antaranya yang paling zalim ialah akta yang menyekat kebebasan kuda-kuda lain untuk menyatakan pandangan dan pendapat.Sebarang pandangan dan pendapat yang bercanggah dengan dasar pemerintahannya pasti akan di tangkap dan dikurung dalam kandang yang gelab dan sempit tanpa di beri makan kecuali sedikit.
Pernah seekor kuda kacak yang mengetuai kuda-kuda bawahan telah di tangkap oleh anjing-anjing suruhan PM dan dikurung serta ditendang sehingga hampir lumpuh.
Olehkerana tidak tahan lagi dengan undang-undang zalim yang dibuat oleh PM,akhirnya kuda-kuda bawahan telah sepakat ingin menyerahkan memorandum kepada Raja Singa berkenaan dengan kezaliman PM.
Maka setelah ditetapkan tarikh dan masanya kuda-kuda bawahan mula mengatur langkah berkumpul beramai-ramai untuk tujuan tersebut.Tetapi perhimpunan secara aman itu telah diganggu oleh anjing-anjing pengawal PM.Atas arahan PM banyaklah kuda-kuda bawahan yang di gigit oleh anjing-anjing tersebut.Ada juga yang ditangkap tak kurang juga yang cedera teruk di belasah hebat oleh anjing-anjing upahan PM.
Namun peristiwa ini tidak pernah mematahkan semangat kuda-kuda bawahan,mereka bertekad tidak akan memberikan undi lagi kepada PM menjelang pemilihan ketua kuda nanti."
|
| |
Related Links |
|
Article Rating |
Average Score: 5 Votes: 1

|
|
Options |
|
|
| "Kisah Kuda" | Login/Create an Account | 0 comments |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|