Sila Login atau daftar jika anda adalah ahli baru
e-Classified |
|
Modules |
|
Login |
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
Meja Online |
|
Kotak Jerit |
|
Ahli Aktif UO |
|
Kumpulan Pengurusan |
Advisor Mujahid
Admin IT Burhan Azmi
Webmaster Ashrul Idris
Pem Webmaster & Grafik Boloq boloq@utaraonline.net
Bendahari UO Afero79 afero79@utaraonline.net
Editorial UO Arzaman Sulaiman MassuryaSyah DRS Harun Jaafar berita@utaraonline.net
Editorial Jemputan KedahLanie kedahlanie@ gmail.com IrSams
Wartawan UO Panzer Maylin
Moderator Ketua Asri67 Timbalan l keADILan Timbalan ll
Krew Moderator Seliji, Amiaq, Zaminc, Toppek, Be_end, Us_Ghoni, Cahayaku, IbnuHusin, Wira_hijau, Scinomore, Langsewah, Pondokecil, Speedganu, PUTRAJAYA, Mamatkepok, AsakuraKeita, Windofchange, AyamDenLapeh,
Bekas Webmaster UO Munir
* Sesiapa yang berminat sila PM kepada Admin UO
|
|
Hits Muka Depan |
We received 19137333 page views since 18 Mac 2008 |
|
|
BTN DI Peralat BN, Racun Pemikiran Pemimpin Melayu
Posted on Monday, November 30 @ 23:48:17 EST by ayahmat

Keputusa  n kabinet merombak kurikulum BTN dibuat setelah Pulau Pinang menyusuli tindakan Selangor memulau kursus BTN berkuat kuasa serta merta.Ini berikutan semakin ramai peserta kursus itu tampil mengecam kursus-kursus itu sebagai helah untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada UMNO.
Menurut beberapa peserta, modul-modul kursus BTN secara halus, turut menjurus kepada menyemarakkan rasa benci terhadap kaum Cina, dan parti Pembangkang.
Bekas pengarah Biro Tata Negara (BTN), Johari Abdul menyelar kerajaan Malaysia terhadap pemesongan agenda asal BTN.
“Ia (BTN) amat terpesong. BTN diwujudkan sekitar tahun 80-an. Bermula dengan Datuk Seri Abdullah Badawi yang menjadi pengarah belia di Kementerian Belia dan Sukan. Kemudian, dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri baru dipanggil Biro Tata Negara. Tujuan utama, tujuan asas BTN diwujudkan adalah untuk membakar semangat anak-anak Melayu dan Bumiputera” ujar Johari.
Ujar Johari, BTN pada asasnya mempunyai garis panduan yang jelas iaitu untuk menaikkan semangat anak muda bumiputera untuk bersaing dalam bidang akademik namun dasar itu mulai kendur dari semasa ke semasa.
“Tapi kita tidak pernah menggunakan BTN ini sebagai tempat untuk mencerca pemimpin-pemimpin. Amat berbeza sekarang, BTN digunakan sebagai agensi, saya tidak kata semua tetapi ada dalam program-programnya mencerca pemimpin-pemimpin" katanya.
Menurut Johari, BTN pada masa kini bukan sahaja bersifat perkauman, malah turut menghina pemimpin negara seperti mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ada pensyarah-pensyarah dalam program BTN ini Anwar mempunyai 3 bilion, dan ini disahkan oleh bekas governor, Datuk Murad dahulu, ini cerita tahun 1999 sedangkan bekas pengarah penyiasat BPR mengesahkan setelah siasatan dibuat, tuduhan 3 bilion itu tidak betul” katanya lagi.
|
| |
Related Links |
|
Article Rating |
|
Options |
|
|
Associated Topics
 |
|