Balik Menu Utama Forum Utara Hantar Artikel/Berita Akaun Anda 10 Terbaik Kirim E-Mel kepada kami
Sila Login atau daftar jika anda adalah ahli baru
e-Classified
    








Modules
· Home
· Cetak Artikel
· Feedback
· Forums
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Shout_Box
· Stories Archive
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· Video
· Your Account
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Meja Online
Welcome, Anonymous
Nickname
Password
(Register)
Membership:
Latest: GaxDruppyDara
New Today: 18
New Yesterday: 42
Overall: 4853

People Online:
Visitors: 172
Members: 18
Total: 190

Online Now:
01 : mamatkepok
02 : Zol
03 : Dimkalavipo
04 : saidwaqassp
05 : jesassimarm
06 : IbnuHusin
07 : PUTRAJAYA
08 : langsewah
09 : munir
10: Dyncgymnnem
11: stratocaster
12: al_madd
13: LADAPHYPE
14: GaxDruppyDara
15: boloq
16: pendekarmustar
17: asri67
18: aqram
Kotak Jerit

Only registered users can shout. Please login or create an account.
Ahli Aktif UO
© 2009 UtaraOnline
Kumpulan Pengurusan
Advisor
Mujahid

Admin IT
Burhan Azmi

Webmaster

Ashrul Idris

Pem Webmaster & Grafik
Boloq

boloq@utaraonline.net

Bendahari UO
Afero79
afero79@utaraonline.net

Editorial UO
Arzaman Sulaiman
MassuryaSyah
DRS Harun Jaafar
berita@utaraonline.net

Editorial Jemputan
KedahLanie
kedahlanie@
gmail.com
IrSams

Wartawan UO
Panzer
Maylin

Moderator
Ketua
Asri67

Timbalan l
keADILan
Timbalan ll

Krew Moderator
Seliji,
Amiaq,
Zaminc,
Toppek,
Be_end,
Us_Ghoni,
Cahayaku,
 IbnuHusin,
 Wira_hijau,
Scinomore,
Langsewah,
Pondokecil,
Speedganu,
PUTRAJAYA,
Mamatkepok,
AsakuraKeita,
Windofchange,
 AyamDenLapeh,

Bekas Webmaster UO
Munir


* Sesiapa yang berminat sila PM kepada Admin UO
Hits Muka Depan
We received
19137477
page views since
18 Mac 2008
PAS Tak wajar Undang Aziz Bari !
Posted on Friday, November 06 @ 21:54:59 EST by ayahmat
Pendapat
Oleh Bashir Hj Ismail
Ahli PAS Kubang Pasu

 Seminar Politik Pas Pusat yang akan diadakan pada hari esok Sabtu, 7 November  yang menghimpun seluruh kepimpinan parti semua peringkat adalah suatu tindakan pro aktif yang boleh menjadi medan perbincangan strategik parti bagi mengharungi cabaran di masa kini dan akan datang.

Di samping pastinya ia juga sebagai landasan yang terbaik dalam usaha menyatupadukan kepimpinan dan ahli-ahli Pas serta memperkasakan tubuh badan Pas itu sendiri.


Namun disebalik kebaikan penganjuran program tersebut terdapat sedikit kepelikannya, apabila pihak penganjur mengundang orang luar yang telah membuat pengakuan secara terang bahawa dia bukan ‘orang parti’ untuk memberi ucapan maupun wacananya di program tersebut selama 30 minit. Orang yang dimaksudkan membuat pengakuan bahawa bukan ‘orang parti’ tersebut ialah Dr Abddul Aziz Bari.

Dalam kontesk Pas, siapakah Dr Abdul Aziz Baru ini ? Adakah dia seorang individu yang telah diberi tanggungjawab oleh parti ataupun pemimpin-pemimpin Pas tertentu untuk memberi pandangan dan mengkritik pemimpin tertinggi dan pemimpin kanan Pas secara sesuka hati. Kuasa kritikan yang ada kepadanya sehingga memperlekehkan Presiden Pas, di samping mengaitkan kekalahan Pas di Bagan Pinang adalah disebabkan oleh beberapa kepimpinan Pas yang lain.

Walaupun Pas secara prinsipnya mengalu-alukan serta mendukong konsep kebebasan bersuara kepada seluruh manusia termasuklah Dr Aziz Bari, namun apakah tindakan Dr Aziz Bari yang memperlekehkan kepimpinan Pas dengan hanya memberi hujah yang dangkal dan naïf melalui media massa boleh dipandang ringgan oleh ahli Pas yang berfikiran waras dan rasional. Sehinggakan kritikannya tersebut hampir mencetuskan krisis kepimpinan dalam Pas.

Di sini saya cuma nak menimbulkan persoalan kepada pihak penganjur apabila menjemput Dr Aziz Bari datang ke seminar untuk memberi pandangan maupun wacananya. Apapun alasan yang bakal diberikan oleh pihak penganjur, saya tetap mengatakan keterlibatan Dr Aziz di dalam seminar tersebut adalah tidak wajar dan sama sekali tidak diperlukan oleh Pas kerana ia bukan sahaja bukannya ‘orang parti’ tetapi secara jelas ia bersikap negative kepada beberapa kepimpinan Pas termasuklah Presiden dan Timbalan Presiden Pas.

Perlekehannya ke atas Presiden Pas, saya kira cukup mendukacitakan ahli-ahli Pas kecuali bagi mereka-mereka tertentu yang mungkin mahukan Dr Aziz Bari ataupun pihak luar berbuat begitu kepada Presiden Pas. Ahli Pas yang rasional saya yakin ia amat tersentuh dengan perbuatannya itu.

Oleh itu, saya juga beranggapan bahawa kesediaan pihak penganjur mengundang Dr Aziz Bari adalah suatu kesilapan besar serta berpotensi menimbulkan masalah baru kepada Pas di masa depan.

Perlu diingatkan kepada pihak penganjur bahawa Pas tidak perlu kepada wacana ataupun kritikan dari ‘orang  bukan parti’ seperti Dr Aziz Bari terhadap kepimpinannya kerana ahli-ahli Pas sendiri mampu untuk memikir dan menilai kepimpinannya sendiri. Dalam sejarah Pas, belum pernah berlaku ‘orang bukan parti’ begitu berkuasa dalam memberi pandangan dan teguran kepada Pas sehinggakan menyebabkan Mursyidul Am Pas melenting dan hampir- hampir mencetuskan krisis kepimpinan serta perpecahan dalam parti.

Nampaknya, kritikan dan perlekehan terhadap Presiden Pas dan pemimpin kanan Pas lain yang dilakukan oleh Dr Aziz Bari begitu berkuasa sekali sehinggakan ia diajak sama turut serta dalam seminar politik Pas pada Sabtu ini. Mungkinkah seminar politik ini nanti memberi kesempatan kepadanya untuk memperlekehkan pemimpin Pas di depan para peserta yang terdirin kepimpinan Pas dari seluruh negara.

Akhirnya, pihak penganjur sewajarnya membatalkan undangan tersebut, sebaliknya  mengundang tokoh-tokoh dan kepimpinan PAS  itu sendiri di dalam memberi pandangan maupun kritikan di atas apa jua isu di dalam seminar politik yang akan diadakan tersebut. Biarlah tokoh dan pemimpin Pas sahaja yang memberi pandangan mereka, barulah pengisian seminar tersebut benar-benar menghasilkan suatu perbincangan dan keputusan yang tulen dan memenuhi matlamat ia diadakan.

 
Related Links
· More about Pendapat
· News by ayahmat


Most read story about Pendapat:
Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata !

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

Associated Topics

Pendapat

Website Power by PHPNuke.org.
Versi 3.0 PHPNuke Theme Design By UtaraOnline.Net

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & PENTADBIRAN UO

Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.
Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas segala bentuk penyebaran bahan tulisan oleh pihak pengunjung.
(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

©2008 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda dibenarkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran,
tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

-: PENAFIAN :-
UtaraOnline tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan
atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters.