ALOR STAR, 23 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri Kedah tidak bercadang untuk menukar kereta Proton Perdana V6 yang digunakan sebagai kereta rasmi di kalangan anggota exconya bagi menjimatkan perbelanjaan, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak."Selagi kereta tersebut boleh digunakan ia akan terus digunakan. Polisi kerajaan negeri pimpinan PAS sekarang ialah tidak mahu membazir.
"Kita tidak akan mengikut langkah kerajaan Terengganu yang membeli Mercedes E200 Kompressor untuk digantikan dengan Proton Perdana," katanya.
Azizan berkata kerajaan Kedah tidak mempunyai wang untuk membeli kereta baru selain sudah menjadi polisi bahawa semua anggota exco perlu menggunakan kereta Proton.
"Depa (Terengganu) ada duit, boleh la beli, kita tak ada duit, kalau rosak kita baiki. Apabila dah tak boleh baiki baru kita tukar kereta baru," katanya.








SEORANG anggota Exco Terengganu, Dr. A. Rahman Mokhtar tiba dengan kereta Mercedes E200 Kompressor untuk menghadiri Mesyuarat Exco di Kuala Lumpur semalam

















